Sunday 18 November 2012

PENCEMARAN ALAM SEKITAR



Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan inimengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatanmanusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif  pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkandengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktivitimanusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.TakrifanPencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling denganmelepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepadakesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan danhaiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:1.Pencemaran udara2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut4.Pencemaran bunyi5.Pencemaran tanah6.Pencemaran haba7Pencemaran sungai dan kolamKonsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu
nilai atau pengukuran
yang telahditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimiayang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadapmakhluk hidup adalah berbeza.Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahankimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tansetahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen janakuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaranterbuka(4.9%).

No comments:

Post a Comment